
2018 - Sambung pengajian PhD dalam bidang KBAT Pendidikan Sirah. Graduasi pada Tahun 2022

Melihat tapak peninggalan Sejarah Islam/ Sirah di Mesir, Oman, Turkey, Melaka.

2022 - Idea tesis dijelmakan Pedagogi pengajaran Sirah yang Interaktif melalui Bahan Bantu Mengejar (BBM) "Timeline Sirah" berdasarkan 20 kitab Rujukan Sirah.

2023 - Idea tesis 350 muka surat diterjemahkan dalam penerangan pantas dan padat 8 minimum, dalam Pecha Kuchai NALI 2023

Seiring dengan pelaksanaan BBM yang sesuai dalam pendidikan Sirah, tetap turun ke lapangan di sekolah rendah dan menengah untuk menambah baik lagi pelaksanaannya. Langkah ini penting bagi mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki serta mendapatkan kaedah terbaik dalam pengajaran Sirah kepada para pelajar

2024 - Timeline Sirah Inovasi berbantukan QR & TikTok di NALI 2024

2024 - 6 Replika Sirah dihasilkan, dan telah dimanfaatkan di peringkat Sekolah, Universiti dan Masyarakat.

Kaedah belajar Hybrid digunakan di Peringkat Universiti dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) termasuk Timeline Sirah, Replika, Pakar luar Sirah iaitu PM Dr. Sanusi daripada USIM untuk memberi impak lebih berkesan kepada kemahiran berfikir pelajar dan penghayatan

2025 - NADI SIRAH diperkenalkan. Timeline Sirah di digital kan serta di wujudkan 2 sistem utama iaitu NADI SIRAH sebagai "Website One stop center" & AI Chat bot Sirah

2025 - Replika Sirah AI voice diperkenalkan. Bakal ditayangkan dalam NALI2025.

Hanya penyambung dan berusaha langkah.
Saya tidak mencari dikenali (jika boleh hendak belakang tabir sahaja), tetapi bidang ini perlu diisi.Pendidikan Islam dan Sirah mesti diangkat & dimartabatkan.
Anugerah ini bukan kemuliaan,
tapi amanah untuk terus menabur bakti.
Saya cuma penyambung kecil,
dalam perjuangan besar pendidikan Islam.
Sesungguhnya ramai lagi yang lebih baik,
Alangkah bersyukur jika bidang pendidikan Islam dan Sirah ini boleh diusahakan lebih kolektif dan bersama². Saya mengalukan jika ada sesiapa boleh bantu bersama.

Terima kasih atas jemputan oleh Dr. Mazleena, rakan sebelajar dan konvo sama² dahulu. Moga pelajar SAKTI terus mengesani selepas keluar dari Sekolah. Dapat mengenali sebahagian pimpinan pelajar Gen-Z. Berani² mereka nih bila ditanya soalan.
Bitaufiq wannajah untuk SPM dan ada rezeki bertemu lagi lain masa.
Ketahuilah untuk adik², kejayaan itu ibarat sungai yang deras. Kalau kita biarkan diri hanyut, kita akan terikut arus dan hilang begitu saja. Tapi kalau kita jadi batu yang kuat di tengah sungai, arus deras pun tidak mampu goyahkan kita. Batu itu tetap teguh. Begitu jugalah diri kita bila ada ilmu, iman, akhlak dan circle kawan² soleh..”

Perkongsian kepada yang bakal Masuk ke UKM.
Alumni UKM tahun 2017 (Sambung Sarjana) disana. Mengamit.
“Bagai sirih pulang ke gagang”
Sirih biasanya digulung dan dicucuk pada gagang (tangkai/kayu kecil pemegang sirih).
Bila orang selesai kunyah atau tak jadi guna, sirih itu akan dipulangkan semula ke gagangnya.
Dari situlah muncul kiasan: sesuatu yang kembali ke tempat asal. Saya Alumni, pulang memberi khidmat semula kepada UKM.
Terima kasih kepada penganjur atas jemputan. Kepada pelajar, Selamat mendapatkan "circle" yang Soleh dan karismatik membantu anda untuk survive dunia dan akhirat.
